Monday, 27 March 2017

10 Tips Turunkan Berat Badan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Nak share sikit apa yang ada dalam E-Book Clean 8 yang aku dapat percuma bila beli Clean 8 ni.


Aku share sikit dulu ya, sebab kalau share semua, panjang sangat la pulak kan. Meh aku share dalam 10 tips lah. Yang lain tu kalau nak, beli la Clean 8! Dapat percuma E-Book ni! 😁

Amalkan semua tips-tips ni, mudah-mudahan senang turun berat badan :


1. JANGAN BERLAPAR

Korang perlu makan sebab setiap hari korang memerlukan tenaga dan tenaga diperolehi dari makanan yang kita ambil. Kalau korang berlapar , akan ada satu tahap korang akan melepaskan nafsu makan dengan mengambil makanan yang banyak sekaligus. Makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerapkan pengambilan makanan.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN.

Sebagai contoh minum kopi. Ini menyebabkan tekak merasa pahit dan ia menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL.

3. MINUM AIR SEBELUM MAKAN

Minum air banyak sebelum makan ini dapat mengurangkan selera makan korang dan membantu badan korang memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh badan.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS.

Yang ni takyah bagitau pun takpa, korang tau kan minuman ni semua tak elok.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM.

Pengambilan garam berlebihan , membuatkan penangkungan air berlebihan juga.
(jangan tiru aksi bongok dalam gambar ni ya)

6. AMBIL SARAPAN PAGI.

Makan sarapan pagi memang sangat penting,sebab korang perlukan tenaga untuk bekerja / bergerak aktif setiap hari. Lagipun, kadar metabolisma dalam badan adalah di tahap maksimum pada waktu pagi.

7. MAKAN PERLAHAN-LAHAN.

Jangan makan gelojoh, apabila makan perlahan tubuh akan menghantar insyarat menunjukkan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL.

Ini untuk memudahkan makanan di hadam.

9. MAKAN DENGAN KERAP TAPI DENGAN KADAR SEDIKIT.



10. HILANGKAN RASA KETAGIH SNEK

Kalau korang teringin makan snek atau makanan ringan, try BERUS GIGI atau  KUNYAH GULA-GULA
GETAH. Rasa mint atau berangin kat mulut akan membantutkan selera makan korang.

Alright, there you go! 10 tips turunkan berat badan. Rasa macam susah kan? Cuba dulu! Belum cuba, belum tau whoa!

Itu saja untuk entri kali ni, jangan lupa follow dan subscribe ya! 

7 Tanda-Tanda Hyperglycemia

Okay, harini kita cakap pasal gula ya. Yes, gula. Yang benda-benda manis korang suka benor melantak setiap hari tu. Sedar tak sedar, ada sesetengah dari kita ni yang kadar gula dalam darahnya melebihi dari yang sepatutnya, ini dipanggil Hyperglycemia.




Soalan cepu emas! Berapa kadar normal gula dalam darah (dalam mg)?? Korang wajib kena amik tau ni. Kita ni dah berumur, kena peka dengan kesihatan tau. Kadar normalnya adalah 70 - 100 mg/dL. Kadang-kadang tu lepas kita makan, naik juga sikit melebihi normal tapi tu tak dikira sebagai Hyperglycemia. Hyperglycemia ni naik secara berterusan dan akan menyebabkan complication pada organ macam mata, ginjal, jantung dan lain-lain.




Sekarang ni meh kita tengok 7 tanda-tanda Hyperglycemia! Haaaa tengok sape antara korang yang ada simptom² ni 😁


1. Cepat Lapar

Macam yang aku cakap sebelum ni, simptom usus berkerak en. Aaa, yang ni lebih kurang ar. Kerja asyik lapar, nak makan je. Padahal baru kejap tadi dah bedal 2 keping roti canai banjir.

2. Sakit Kepala

Sakit kepala ni lebih kepada general la. Macam-macam sakit boleh dikaitkan dengan sakit kepala, tapi ini lah salah satu simptom Hyperglycemia.

3. Sering Kencing

Kalau lepak kedai makan, haaa jenuh pi mai tandas sampai lebam. Pelik jugak badan mampu mengeluarkan air sebanyak tu, kan?

4. Cepat Haus

Rasa setiap masa macam lepas baru balik jogging iye. Bibir pun mula kering macam berpuasa pulak.

5. Pandangan Kabur

Pergi check kat kedai mata, tak rabun pulak. Tapi mata rasa macam kabur je selalu. Hmm, apa kena la ni ya?

6. Susah Berfikir dan Kurang Konsentrasi

Nak baca pun susah, nak pikir pun jadi malas. Haa, ni baca sampai sini tak? Kalau sampai sini, bagus, tak adalah simptom nombor 6 ni haha 😄

7. Lesu dan Lelah

Baru je baring kat katil dah ready nak tidur. Lampu pulak lupe nak tutup, Rasa berat je badan nak bangun, penatnya nak pergi berjalan ke suis. Jenuh tembak suis pakai Nerf, semua tak kena, tidur terus dengan lampu terbukak.

____________________________

Setakat ni tak ada lagi ubat atau medication untuk Hyperglycemia yang ringan macam ni. Cuma diet, jaga makan, kurangkan merokok, kurangkan alkohol, kurangkan stress, sampai kadar gula turun ke kadar yang normal.

Lainlah kalau Hyperglycemia berat macam pada penyakit Diabetes Mellitus. Hyperglycemia jenis ni kena treat dengan suntikan insulin atau makan ubat anti-diabetes macam Glibenklamid, Metformin dan lain-lain.

Hyperglycemia yang selain dari Diabetes Mellitus biasanya boleh diatasi dengan cara merawat puncanya, contohnya jika terjadi sebab certain medication, berhentilah meds tu, atau terjadi sebab stress, jadi kenalah consult doktor.

Itu saja setakat ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan berkenaan dengan ni, boleh tinggalkan comment, saya akan cuba reply secepat mungkin.

Jangan lupa subscribe dan follow ya! Saya akan update blog dengan pelbagai tips-tips dan fakta-fakta berkenaan dengan kesihatan. ✌

Thursday, 9 March 2017

5 Sebab Kita Kena Detoks

Ramai yang pikir detoks ni takbest. Kena kawal pemakanan, berlapar, makan benda pelik-pelik dan tak sedap, minum jus itu ini. Memang resultnya memuaskan, tapi berbaloi ke nak lalu semua tu? Jangan risau, ada penyelesaian kepada masalah tu. Cara ni lagi mudah dan jalan pintas untuk rasa sihat 😉


Okay, kenapa kita KENA detoks? Ini adalah 5 sebabnya ya :

1. Ada sindrom RMT : Rasa Macam Teruk

Atau lebih dikenali sebagai FLC Syndrome (Feel Like Crap) 😆 Bangun-bangun pagi je dah rasa kurang bertenaga, takda mood, takda semangat. Walaupun badan kurus, tapi tetap rasa cepat letih, sakit kepala, lesu, sengal-sengal badan—tak kira apa simptom sekali pun—detoks mampu hilangkannya secepat mungkin. Ramai orang yang tak connect apa yang dorang makan dengan apa yang dorang rasa. Makan main sumbat je.

2. Tak boleh maintain lepas dah turunkan berat badan

Sebenarnya, nak turunkan berat badan ni bukan semata-mata kawal kalori masuk/kalori keluar dan kurangkan makan, lebihkan bersenam. Apa yang kita makan tu sebenarnya LAGI penting. Jangan main sumbat je, tengok dulu apa yang kita makan. Kalau tak, senang naik badan balik. Silap-silap lagi besar dari sebelum ni. Kalori gula sebenarnya sangat-sangat berbeza dengan kalori makanan lain. Sekali kita consume gula, kita akan rasa lagi gian nak makan, lepas tu overeating. Ia jugak akan menghasilkan lemak tepu dan kita akan rasa lambat kenyang. Itu yang jadi overeating tu. Memang payah nak maintain berat badan untuk longterm kalau kite tak kawal intake gula kite.

3. Tak boleh kawal keinginan gula dan karbohidrat (mungkin mengalami ketagihan makan)

Gula memang boleh buat jadi ketagih, terbukti secara saintifik. Sugar is the new nicotine. In fact, gula 8 kali ganda lagi addictive dari kokain. Kalau korang setakat nekad je nak turunkan berat badan, memang gagal la. Korang kena gunakan ilmu pengetahuan sains untuk lepaskan diri dari ketagihan gula, tepung dan segala makanan yang diproses.

4. Tak pernah detoks

Ramai yang tak pernah spend 10 hari makan hanya makanan yang whole clean dan sihat. Walaupun korang rasa badan korang sihat dan rasa happy je, korang mungkin tak sedar yang korang tak berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Anggap je detoks ni untuk charge balik kesihatan korang.

5. Korang perlukan STAYCATION

Cara kehidupan seharian kite semua memang tak memberi manfaat pada kesihatan kite: tak cukup tidur, tak cukup senaman, banyak makan makanan tak sihat, selalu stress, tak ada masa untuk diri sendiri. Cara terbaik untuk reset balik life korang adalah dengan 10 hari detoks. Mudah je. Tak ada toksin atau drugs ya, maksudnya tak ada gula, tepung, makanan yang diproses dan kafein. Amalan untuk memupuk diri: deep breathing, tidur 7-8 jam time malam, exercise sikit, cinta diri. Semua ni untuk reset badan dan minda korang ke factory settings balik—dan cepat!

Sekarang korang dah tau dah kan kenapa korang kena detoks. Jadi, macam mana nak detoks secara senang selain dari amalkan pemakanan sihat? Senang je, Makanlah Clean 8!



Clean 8


Clean 8 merupakan produk keluaran GC Herbs, mengandungi 100% herba, tanpa bahan kimia. Amalkan 2 biji, 2 kali sehari, selepas makan. Herba-herba yang digunakan dalam ramuannya ni boleh basuh, cuci, kasi detoks satu badan korang. Dia akan cuci usus yang dah berkerak tu. Dah 20 tahun hidup, makan macam-macam tapi usus tak pernah cuci pun, kan? Haaa macam mana nak tau usus korang tu berkerak? Ini 9 simptom usus kotor dan berkerak :

1. Perut buncit
2. Sembelit
3. Selalu kentut 🙊
4. Sering sakit kepala
5. Susah nak hadam makanan
6. Lesu dan tak bertenaga
7. Mood tak menentu, mudah marah
8. Nafas dan najis berbau 💩
9. Selalu lapar

Selalunya umur 20-an ada simptom-simptom macam ni, yelah sebab tak pernah tau macam mana nak detoks, nak cuci usus, kan? Jangan pergi telan clorox pulak untuk cuci usus!

Bila dah amalkan Clean 8, badan akan jadi semakin kurus, ringan, cergas, dan segar je. Sekarang dah tau, boleh amalkan pemakanan sihat dan amalkan Clean 8! 100% Halal dan ada kelulusan KKM.

Senang je nak order, cuma klik di SINI
atau
Call 016 917 2248

Terima kasih sebab sudi baca, make sure to subscribe sebab kami akan sentiasa update blog dengan macam-macam tips untuk kesihatan!