Monday, 27 March 2017

7 Tanda-Tanda Hyperglycemia

Okay, harini kita cakap pasal gula ya. Yes, gula. Yang benda-benda manis korang suka benor melantak setiap hari tu. Sedar tak sedar, ada sesetengah dari kita ni yang kadar gula dalam darahnya melebihi dari yang sepatutnya, ini dipanggil Hyperglycemia.




Soalan cepu emas! Berapa kadar normal gula dalam darah (dalam mg)?? Korang wajib kena amik tau ni. Kita ni dah berumur, kena peka dengan kesihatan tau. Kadar normalnya adalah 70 - 100 mg/dL. Kadang-kadang tu lepas kita makan, naik juga sikit melebihi normal tapi tu tak dikira sebagai Hyperglycemia. Hyperglycemia ni naik secara berterusan dan akan menyebabkan complication pada organ macam mata, ginjal, jantung dan lain-lain.




Sekarang ni meh kita tengok 7 tanda-tanda Hyperglycemia! Haaaa tengok sape antara korang yang ada simptom² ni 😁


1. Cepat Lapar

Macam yang aku cakap sebelum ni, simptom usus berkerak en. Aaa, yang ni lebih kurang ar. Kerja asyik lapar, nak makan je. Padahal baru kejap tadi dah bedal 2 keping roti canai banjir.

2. Sakit Kepala

Sakit kepala ni lebih kepada general la. Macam-macam sakit boleh dikaitkan dengan sakit kepala, tapi ini lah salah satu simptom Hyperglycemia.

3. Sering Kencing

Kalau lepak kedai makan, haaa jenuh pi mai tandas sampai lebam. Pelik jugak badan mampu mengeluarkan air sebanyak tu, kan?

4. Cepat Haus

Rasa setiap masa macam lepas baru balik jogging iye. Bibir pun mula kering macam berpuasa pulak.

5. Pandangan Kabur

Pergi check kat kedai mata, tak rabun pulak. Tapi mata rasa macam kabur je selalu. Hmm, apa kena la ni ya?

6. Susah Berfikir dan Kurang Konsentrasi

Nak baca pun susah, nak pikir pun jadi malas. Haa, ni baca sampai sini tak? Kalau sampai sini, bagus, tak adalah simptom nombor 6 ni haha 😄

7. Lesu dan Lelah

Baru je baring kat katil dah ready nak tidur. Lampu pulak lupe nak tutup, Rasa berat je badan nak bangun, penatnya nak pergi berjalan ke suis. Jenuh tembak suis pakai Nerf, semua tak kena, tidur terus dengan lampu terbukak.

____________________________

Setakat ni tak ada lagi ubat atau medication untuk Hyperglycemia yang ringan macam ni. Cuma diet, jaga makan, kurangkan merokok, kurangkan alkohol, kurangkan stress, sampai kadar gula turun ke kadar yang normal.

Lainlah kalau Hyperglycemia berat macam pada penyakit Diabetes Mellitus. Hyperglycemia jenis ni kena treat dengan suntikan insulin atau makan ubat anti-diabetes macam Glibenklamid, Metformin dan lain-lain.

Hyperglycemia yang selain dari Diabetes Mellitus biasanya boleh diatasi dengan cara merawat puncanya, contohnya jika terjadi sebab certain medication, berhentilah meds tu, atau terjadi sebab stress, jadi kenalah consult doktor.

Itu saja setakat ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan berkenaan dengan ni, boleh tinggalkan comment, saya akan cuba reply secepat mungkin.

Jangan lupa subscribe dan follow ya! Saya akan update blog dengan pelbagai tips-tips dan fakta-fakta berkenaan dengan kesihatan. ✌

No comments:

Post a Comment