"Kau nak diet kan? Senang je, jangan consume gula. Tukar dengan pemanis buatan ni, nah."
"Kau dah tengok video orang rebus air Coke biasa dengan Diet Coke tak? Coke biasa tu bila rebus sampai dasar, gula bapak banyak. Yang Diet Coke tu rebus sampai habis, tak ada apa-apa pun! Diet Coke FTW!"
Korang rasa mana lagi bagus? Dalam entri-entri sebelum ni memang pernah cakap, pengambilan gula memang tak bagus. Sebab kalori gula tak sama dengan kalori makanan lain, gula boleh menyebabkan ketagihan makan. So, maksudnya kita tak payah consume gula langsung? Dan tukar dengan pemanis buatan macam Equal atau Nutrasweet? Ia lagi bagus dari gula asli? Jum kita bongkarkan sama-sama!

Pemanis buatan berjenama Equal
Dalam industri pemakanan, terdapat beberapa jenis pemanis buatan, contohnya; Saccharin, Cyclamate, Aspartame, Acesulfan, Potasium, Alifame, Isomalt, Lactitol, Malcitol, Nitol, Xylisol, Neotam, & Sucralose.
Pemanis buatan ni kebanyakannya diperbuat dari bahan kimia, bukan dari gula tebu atau gula yang lain. Pemanis ni manis gila berbanding gula biasa, tapi kadar kalori dia rendah sangat. Sebab tu ramai orang yang mengidap diabetes atau yang nak diet suka pemanis ni.
Walaupun pemanis buatan ni dapat cerfitication dari FDA (Food & Drug Administration), tapi mengikut kajian beberapa badan-badan independent, terbukti yang long term consumption pemanis ni tak elok untuk badan kita. Tapi, benda ni still tak diketahui ramai sebab tak ada awareness.
Contohnya Saccharin, dah dibuktikan oleh EPA (Environmental Protection Agency) yang ia boleh menyebabkan Bladder Cancer, sehingga semua produk di U.S. yang mengandungi Saccharin diwajibkan ada warning label. Tapi tak di New Zealand. Di Malaysia sendiri pun masih ada beberapa produk yang mengandungi Saccharin.
Pemanis yang dah diharamkan adalah Cyclamate, sebab terbukti long term usage boleh menyebabkan kanser otak.
Macam mana ngan Aspartame? Pemanis buatan ni pun jadi kontroversi sebab side effect yang ditimbulkannya. Tahap kemanisannya adalah 180-200 kali lebih manis dari gula biasa dan banyak digunakan sebagai gula diet. Contohnya Nutrasweet & Equal.
Berdasarkan kajian, ternyata Aspartame terdiri dari komponen-komponen yang boleh membahayakan kesihatan, iaitu :
1. Phenylalanine
Phenylalanine sendiri sebenarnye asid amino yang diperlukan oleh badan dan tak menjadi masalah kepada mereka yang berbadan sihat walafiat. Tapi bagi yang tak boleh mencerna Phenylalanine dengan normal, Phenylalanine yang berlebihan boleh menyebabkan Mental Retardation. Sebab tu produk yang mengandungi Aspartame ni kena warning label, tapi hakikatnya tak da pun.
2. Metanol
Metanol dalam badan akan terurai jadi Formaldehyde dan Formic Acid. Kita pun tau yang Formaldehyde selalu digunakan sebagai pengawet, dan boleh merosakkan retina mata sehingga mengganggu penglihatan.
FDA (Food & Drug Administration) Amerika Syarikat dah tetapkan dos penggunaan maksimum Aspartame iaitu 50mg/kg BB.

Jadi, sekarang baru korang tau betapa bahayanya Artificial Sweeteners ni. Tak cool mana pun makan gula ni. Nak diet pun, diet la betul-betul, takyah nak mengada makan gula buatan la heh. Apa pun, consume je gula asli, tak ada masalah. Cuma kawal pengambilan tu, jangan melantak melebih-lebih lak.
Korang boleh buat research lebih untuk benda ni kalau korang nak tau lebih, yang aku explain ni basic yang korang perlu tau je. Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tanya di ruangan komen atau email je saya ya.
Jangan lupa subscribe dan follow ya! Itu saja untuk entri kali ni, terima kasih :)
No comments:
Post a Comment