Thursday, 13 April 2017

3 Tips Diet Detoks

Dalam entri sebelum ni aku ada explain kenapa korang kena detoks kan. Sekarang aku explain macam mana korang nak amalkan diet detoks. Diet detoks sebenarnya tak semestinya kena makan rice cake saja dan minum air bapak banyak. Cuba cara yang mudah dan tak perlu-bersusah-payah ni untuk detoks badan anda tanpa perlu berlapar!



Detoks Diet Tip # 1 : Go Naked


Haihhh korang pikir apa hah?? Let your food go naked, bukan kau yang kena go naked hahaha 😆 Maksudnya makan makanan sebenar, yang tak diproses, yang takda penambah rasa, yang takda pengawet atau yang ada bahan-bahan yang korang perlu ada Ph.D untuk faham. Bak kata Michael Pollan, pengarang buku In Defense of Food, "jangan makan benda yang kalau nenek moyang korang tengok pun dorang tak anggap itu adalah makanan". Dah bersedia untuk diet?


Detoks Diet Tip #2 : Veg Out


Cuba kurangkan daging dalam plan diet korang, dan korang boleh nampak result berat akan cepat turun dan overall health korang akan makin improve. Orang yang hanya makan sayur-sayuran ni (vegetarian ar senang cerita) selalunya makan kurang kalori dan lemak, kurang berat badan, dan kadar kolestrol dalam badan sangat rendah berbanding dengan non-vegetarian. Cuba tukar daging dengan meatless protein—tauhu atau seitan—dalam masakan korang.


Detoks Diet Tip #3 : Sip Smart


Jangan sabotaj diet korang dengan minum minuman yang tahap gulanya boleh menyebabkan satu kelas tadika jadi hyperactive! Cuba tukar teh manis-manis korang tu dengan green tea. Dan daripada korang minum frozen milkshake dengan whipped cream yang korang panggil "coffee" tu, cuba try buat protein smoothie dengan buahan segar dan kacang almond. Dengan ramuan yang betul, smoothie ni sangat sesuai untuk meal on-the-goNow raise a glass of something healthy. Cheers!


Cuba amalkan 3 tips mudah ni dalam plan diet korang, mesti korang boleh turunkan berat badan dan improvekan kesihatan korang. Satu lagi, kalau nak lagi best, consume sekali Clean 8! Sangat sesuai untuk detoks dan cuci usus korang tu haaa!


Clean 8 merupakan produk keluaran GC Herbs, mengandungi 100% herba, tanpa bahan kimia. Amalkan 2 biji, 2 kali sehari, selepas makan. Herba-herba yang digunakan dalam ramuannya ni boleh basuh, cuci, kasi detoks satu badan korang. Dia akan cuci usus yang dah berkerak tu. Dah 30 tahun hidup, makan macam-macam tapi usus tak pernah cuci pun, kan? Haaa macam mana nak tau usus korang tu berkerak? Ini 9 simptom usus kotor dan berkerak :

1. Perut buncit
2. Sembelit
3. Selalu kentut 🙊
4. Sering sakit kepala
5. Susah nak hadam makanan
6. Lesu dan tak bertenaga
7. Mood tak menentu, mudah marah
8. Nafas dan najis berbau 💩
9. Selalu lapar

Selalunya umur 30-an ada simptom-simptom macam ni, yelah sebab tak pernah tau macam mana nak detoks, nak cuci usus, kan? Jangan pergi telan clorox pulak untuk cuci usus!

Bila dah amalkan Clean 8, badan akan jadi semakin kurus, ringan, cergas, dan segar je. Sekarang dah tau, boleh amalkan pemakanan sihat dan amalkan Clean 8! 100% Halal dan ada kelulusan KKM.

Senang je nak order, cuma klik di SINI
atau
Call 016 917 2248


Alright, good luck untuk diet korang. Aku harap korang cuba dan berjaya. Teruskan membaca entri-entri dari blog ini, aku akan sentiasa update dengan macam-macam tips dan fakta kesihatan. Subscribe dan follow ya, jangan lupa!

Tuesday, 11 April 2017

Artificial Sweeteners VS Gula Asli

"Wow, mamat kacak tu minum kopi letak gula Equal lahhh, bapak cool! 😍"

"Kau nak diet kan? Senang je, jangan consume gula. Tukar dengan pemanis buatan ni, nah."

"Kau dah tengok video orang rebus air Coke biasa dengan Diet Coke tak? Coke biasa tu bila rebus sampai dasar, gula bapak banyak. Yang Diet Coke tu rebus sampai habis, tak ada apa-apa pun! Diet Coke FTW!"

Korang rasa mana lagi bagus? Dalam entri-entri sebelum ni memang pernah cakap, pengambilan gula memang tak bagus. Sebab kalori gula tak sama dengan kalori makanan lain, gula boleh menyebabkan ketagihan makan. So, maksudnya kita tak payah consume gula langsung? Dan tukar dengan pemanis buatan macam Equal atau Nutrasweet? Ia lagi bagus dari gula asli? Jum kita bongkarkan sama-sama!

Pemanis buatan berjenama Equal

Dalam industri pemakanan, terdapat beberapa jenis pemanis buatan, contohnya; Saccharin, Cyclamate, Aspartame, Acesulfan, Potasium, Alifame, Isomalt, Lactitol, Malcitol, Nitol, Xylisol, Neotam, & Sucralose.

Pemanis buatan ni kebanyakannya diperbuat dari bahan kimia, bukan dari gula tebu atau gula yang lain. Pemanis ni manis gila berbanding gula biasa, tapi kadar kalori dia rendah sangat. Sebab tu ramai orang yang mengidap diabetes atau yang nak diet suka pemanis ni.

Walaupun pemanis buatan ni dapat cerfitication dari FDA (Food & Drug Administration), tapi mengikut kajian beberapa badan-badan independent, terbukti yang long term consumption pemanis ni tak elok untuk badan kita. Tapi, benda ni still tak diketahui ramai sebab tak ada awareness.

Contohnya Saccharin, dah dibuktikan oleh EPA (Environmental Protection Agency) yang ia boleh menyebabkan Bladder Cancer, sehingga semua produk di U.S. yang mengandungi Saccharin diwajibkan ada warning label. Tapi tak di New Zealand. Di Malaysia sendiri pun masih ada beberapa produk yang mengandungi Saccharin.

Pemanis yang dah diharamkan adalah Cyclamate, sebab terbukti long term usage boleh menyebabkan kanser otak.

Macam mana ngan Aspartame? Pemanis buatan ni pun jadi kontroversi sebab side effect yang ditimbulkannya. Tahap kemanisannya adalah 180-200 kali lebih manis dari gula biasa dan banyak digunakan sebagai gula diet. Contohnya Nutrasweet & Equal.

Berdasarkan kajian, ternyata Aspartame terdiri dari komponen-komponen yang boleh membahayakan kesihatan, iaitu :

1. Phenylalanine

Phenylalanine sendiri sebenarnye asid amino yang diperlukan oleh badan dan tak menjadi masalah kepada mereka yang berbadan sihat walafiat. Tapi bagi yang tak boleh mencerna Phenylalanine dengan normal, Phenylalanine yang berlebihan boleh menyebabkan Mental Retardation. Sebab tu produk yang mengandungi Aspartame ni kena warning label, tapi hakikatnya tak da pun.

2. Metanol

Metanol dalam badan akan terurai jadi Formaldehyde dan Formic Acid. Kita pun tau yang Formaldehyde selalu digunakan sebagai pengawet, dan boleh merosakkan retina mata sehingga mengganggu penglihatan.

FDA (Food & Drug Administration) Amerika Syarikat dah tetapkan dos penggunaan maksimum Aspartame iaitu 50mg/kg BB.


Jadi, sekarang baru korang tau betapa bahayanya Artificial Sweeteners ni. Tak cool mana pun makan gula ni. Nak diet pun, diet la betul-betul, takyah nak mengada makan gula buatan la heh. Apa pun, consume je gula asli, tak ada masalah. Cuma kawal pengambilan tu, jangan melantak melebih-lebih lak.

Korang boleh buat research lebih untuk benda ni kalau korang nak tau lebih, yang aku explain ni basic yang korang perlu tau je. Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tanya di ruangan komen atau email je saya ya.

Jangan lupa subscribe dan follow ya! Itu saja untuk entri kali ni, terima kasih :)

Monday, 27 March 2017

10 Tips Turunkan Berat Badan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Nak share sikit apa yang ada dalam E-Book Clean 8 yang aku dapat percuma bila beli Clean 8 ni.


Aku share sikit dulu ya, sebab kalau share semua, panjang sangat la pulak kan. Meh aku share dalam 10 tips lah. Yang lain tu kalau nak, beli la Clean 8! Dapat percuma E-Book ni! 😁

Amalkan semua tips-tips ni, mudah-mudahan senang turun berat badan :


1. JANGAN BERLAPAR

Korang perlu makan sebab setiap hari korang memerlukan tenaga dan tenaga diperolehi dari makanan yang kita ambil. Kalau korang berlapar , akan ada satu tahap korang akan melepaskan nafsu makan dengan mengambil makanan yang banyak sekaligus. Makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerapkan pengambilan makanan.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN.

Sebagai contoh minum kopi. Ini menyebabkan tekak merasa pahit dan ia menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL.

3. MINUM AIR SEBELUM MAKAN

Minum air banyak sebelum makan ini dapat mengurangkan selera makan korang dan membantu badan korang memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh badan.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS.

Yang ni takyah bagitau pun takpa, korang tau kan minuman ni semua tak elok.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM.

Pengambilan garam berlebihan , membuatkan penangkungan air berlebihan juga.
(jangan tiru aksi bongok dalam gambar ni ya)

6. AMBIL SARAPAN PAGI.

Makan sarapan pagi memang sangat penting,sebab korang perlukan tenaga untuk bekerja / bergerak aktif setiap hari. Lagipun, kadar metabolisma dalam badan adalah di tahap maksimum pada waktu pagi.

7. MAKAN PERLAHAN-LAHAN.

Jangan makan gelojoh, apabila makan perlahan tubuh akan menghantar insyarat menunjukkan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL.

Ini untuk memudahkan makanan di hadam.

9. MAKAN DENGAN KERAP TAPI DENGAN KADAR SEDIKIT.



10. HILANGKAN RASA KETAGIH SNEK

Kalau korang teringin makan snek atau makanan ringan, try BERUS GIGI atau  KUNYAH GULA-GULA
GETAH. Rasa mint atau berangin kat mulut akan membantutkan selera makan korang.

Alright, there you go! 10 tips turunkan berat badan. Rasa macam susah kan? Cuba dulu! Belum cuba, belum tau whoa!

Itu saja untuk entri kali ni, jangan lupa follow dan subscribe ya! 

7 Tanda-Tanda Hyperglycemia

Okay, harini kita cakap pasal gula ya. Yes, gula. Yang benda-benda manis korang suka benor melantak setiap hari tu. Sedar tak sedar, ada sesetengah dari kita ni yang kadar gula dalam darahnya melebihi dari yang sepatutnya, ini dipanggil Hyperglycemia.




Soalan cepu emas! Berapa kadar normal gula dalam darah (dalam mg)?? Korang wajib kena amik tau ni. Kita ni dah berumur, kena peka dengan kesihatan tau. Kadar normalnya adalah 70 - 100 mg/dL. Kadang-kadang tu lepas kita makan, naik juga sikit melebihi normal tapi tu tak dikira sebagai Hyperglycemia. Hyperglycemia ni naik secara berterusan dan akan menyebabkan complication pada organ macam mata, ginjal, jantung dan lain-lain.




Sekarang ni meh kita tengok 7 tanda-tanda Hyperglycemia! Haaaa tengok sape antara korang yang ada simptom² ni 😁


1. Cepat Lapar

Macam yang aku cakap sebelum ni, simptom usus berkerak en. Aaa, yang ni lebih kurang ar. Kerja asyik lapar, nak makan je. Padahal baru kejap tadi dah bedal 2 keping roti canai banjir.

2. Sakit Kepala

Sakit kepala ni lebih kepada general la. Macam-macam sakit boleh dikaitkan dengan sakit kepala, tapi ini lah salah satu simptom Hyperglycemia.

3. Sering Kencing

Kalau lepak kedai makan, haaa jenuh pi mai tandas sampai lebam. Pelik jugak badan mampu mengeluarkan air sebanyak tu, kan?

4. Cepat Haus

Rasa setiap masa macam lepas baru balik jogging iye. Bibir pun mula kering macam berpuasa pulak.

5. Pandangan Kabur

Pergi check kat kedai mata, tak rabun pulak. Tapi mata rasa macam kabur je selalu. Hmm, apa kena la ni ya?

6. Susah Berfikir dan Kurang Konsentrasi

Nak baca pun susah, nak pikir pun jadi malas. Haa, ni baca sampai sini tak? Kalau sampai sini, bagus, tak adalah simptom nombor 6 ni haha 😄

7. Lesu dan Lelah

Baru je baring kat katil dah ready nak tidur. Lampu pulak lupe nak tutup, Rasa berat je badan nak bangun, penatnya nak pergi berjalan ke suis. Jenuh tembak suis pakai Nerf, semua tak kena, tidur terus dengan lampu terbukak.

____________________________

Setakat ni tak ada lagi ubat atau medication untuk Hyperglycemia yang ringan macam ni. Cuma diet, jaga makan, kurangkan merokok, kurangkan alkohol, kurangkan stress, sampai kadar gula turun ke kadar yang normal.

Lainlah kalau Hyperglycemia berat macam pada penyakit Diabetes Mellitus. Hyperglycemia jenis ni kena treat dengan suntikan insulin atau makan ubat anti-diabetes macam Glibenklamid, Metformin dan lain-lain.

Hyperglycemia yang selain dari Diabetes Mellitus biasanya boleh diatasi dengan cara merawat puncanya, contohnya jika terjadi sebab certain medication, berhentilah meds tu, atau terjadi sebab stress, jadi kenalah consult doktor.

Itu saja setakat ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan berkenaan dengan ni, boleh tinggalkan comment, saya akan cuba reply secepat mungkin.

Jangan lupa subscribe dan follow ya! Saya akan update blog dengan pelbagai tips-tips dan fakta-fakta berkenaan dengan kesihatan. ✌

Thursday, 9 March 2017

5 Sebab Kita Kena Detoks

Ramai yang pikir detoks ni takbest. Kena kawal pemakanan, berlapar, makan benda pelik-pelik dan tak sedap, minum jus itu ini. Memang resultnya memuaskan, tapi berbaloi ke nak lalu semua tu? Jangan risau, ada penyelesaian kepada masalah tu. Cara ni lagi mudah dan jalan pintas untuk rasa sihat 😉


Okay, kenapa kita KENA detoks? Ini adalah 5 sebabnya ya :

1. Ada sindrom RMT : Rasa Macam Teruk

Atau lebih dikenali sebagai FLC Syndrome (Feel Like Crap) 😆 Bangun-bangun pagi je dah rasa kurang bertenaga, takda mood, takda semangat. Walaupun badan kurus, tapi tetap rasa cepat letih, sakit kepala, lesu, sengal-sengal badan—tak kira apa simptom sekali pun—detoks mampu hilangkannya secepat mungkin. Ramai orang yang tak connect apa yang dorang makan dengan apa yang dorang rasa. Makan main sumbat je.

2. Tak boleh maintain lepas dah turunkan berat badan

Sebenarnya, nak turunkan berat badan ni bukan semata-mata kawal kalori masuk/kalori keluar dan kurangkan makan, lebihkan bersenam. Apa yang kita makan tu sebenarnya LAGI penting. Jangan main sumbat je, tengok dulu apa yang kita makan. Kalau tak, senang naik badan balik. Silap-silap lagi besar dari sebelum ni. Kalori gula sebenarnya sangat-sangat berbeza dengan kalori makanan lain. Sekali kita consume gula, kita akan rasa lagi gian nak makan, lepas tu overeating. Ia jugak akan menghasilkan lemak tepu dan kita akan rasa lambat kenyang. Itu yang jadi overeating tu. Memang payah nak maintain berat badan untuk longterm kalau kite tak kawal intake gula kite.

3. Tak boleh kawal keinginan gula dan karbohidrat (mungkin mengalami ketagihan makan)

Gula memang boleh buat jadi ketagih, terbukti secara saintifik. Sugar is the new nicotine. In fact, gula 8 kali ganda lagi addictive dari kokain. Kalau korang setakat nekad je nak turunkan berat badan, memang gagal la. Korang kena gunakan ilmu pengetahuan sains untuk lepaskan diri dari ketagihan gula, tepung dan segala makanan yang diproses.

4. Tak pernah detoks

Ramai yang tak pernah spend 10 hari makan hanya makanan yang whole clean dan sihat. Walaupun korang rasa badan korang sihat dan rasa happy je, korang mungkin tak sedar yang korang tak berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Anggap je detoks ni untuk charge balik kesihatan korang.

5. Korang perlukan STAYCATION

Cara kehidupan seharian kite semua memang tak memberi manfaat pada kesihatan kite: tak cukup tidur, tak cukup senaman, banyak makan makanan tak sihat, selalu stress, tak ada masa untuk diri sendiri. Cara terbaik untuk reset balik life korang adalah dengan 10 hari detoks. Mudah je. Tak ada toksin atau drugs ya, maksudnya tak ada gula, tepung, makanan yang diproses dan kafein. Amalan untuk memupuk diri: deep breathing, tidur 7-8 jam time malam, exercise sikit, cinta diri. Semua ni untuk reset badan dan minda korang ke factory settings balik—dan cepat!

Sekarang korang dah tau dah kan kenapa korang kena detoks. Jadi, macam mana nak detoks secara senang selain dari amalkan pemakanan sihat? Senang je, Makanlah Clean 8!



Clean 8


Clean 8 merupakan produk keluaran GC Herbs, mengandungi 100% herba, tanpa bahan kimia. Amalkan 2 biji, 2 kali sehari, selepas makan. Herba-herba yang digunakan dalam ramuannya ni boleh basuh, cuci, kasi detoks satu badan korang. Dia akan cuci usus yang dah berkerak tu. Dah 20 tahun hidup, makan macam-macam tapi usus tak pernah cuci pun, kan? Haaa macam mana nak tau usus korang tu berkerak? Ini 9 simptom usus kotor dan berkerak :

1. Perut buncit
2. Sembelit
3. Selalu kentut 🙊
4. Sering sakit kepala
5. Susah nak hadam makanan
6. Lesu dan tak bertenaga
7. Mood tak menentu, mudah marah
8. Nafas dan najis berbau 💩
9. Selalu lapar

Selalunya umur 20-an ada simptom-simptom macam ni, yelah sebab tak pernah tau macam mana nak detoks, nak cuci usus, kan? Jangan pergi telan clorox pulak untuk cuci usus!

Bila dah amalkan Clean 8, badan akan jadi semakin kurus, ringan, cergas, dan segar je. Sekarang dah tau, boleh amalkan pemakanan sihat dan amalkan Clean 8! 100% Halal dan ada kelulusan KKM.

Senang je nak order, cuma klik di SINI
atau
Call 016 917 2248

Terima kasih sebab sudi baca, make sure to subscribe sebab kami akan sentiasa update blog dengan macam-macam tips untuk kesihatan!